Sabah Tea Garden Ranau: Ladang Teh Organik Di Sabah

Sabah Tea Garden yang terletak di Kg. Nalapak Ranau kira-kira 127km dari Kota Kinabalu dan 21km dari Pekan Ranau merupakan satu-satunya ladang teh organik yang ada di Sabah. Tidak sah bagi anda yang tidak singgah melawat ke ladang teh ini sekiranya berkunjung ke daerah Ranau.
(Photo: Sabah Tea FB)

Pemandangan persekitaran ladang yang indah, disertai dengan kehijauan pokok-pokok teh yang tumbuh segar akan memukau sesiapa sahaja yang datang ke sini.

Selain dapat mengetahui tentang teh, terdapat juga aktiviti rekreasi yang disediakan seperti Morning Sunrise Walk, Night Walk, Batik Painting,Jungle Trekking, Team Building Activity, Quailey's Hill Memorial dan Obstacle Crossing, River Trekking dan Blowpipe Lesson yang pasti akan menyeronokkan setiap pengunjung.



Penginapan juga disediakan sekiranya ingin bermalam di ladang teh ini dengan pilihan seperti Sabah Tea LongHouse, Sabah Tea Cottages dan Camp Grounds sekiranya anda ingin merasai tidur dalam khemah. Di ladang ini juga tersedia restoran, kedai cenderamata, dan dewan serbaguna serbaguna. Kedai cenderamata, restoran, dewan serbaguna serta paang bolasepak juga ada terdapat di ladang teh Sabah ini.

Masa Dibuka
Setiap Hari 8:00pagi - 4:30petang
Lawatan ke kilang teh tidak tersedia pada Cuti Umum.
*Masa melawat disyorkan diantara 8.00pagi hingga 12.00tengah hari.

Bayaran Masuk:
RM14.00 ( lawatan ke kilang teh )
RM44.00 ( lawatan ke kilang teh )+ set makan tengah hari
Yuran masuk tidak dikenakan di pintu masuk.

Inquiry & Reservation
Tel:  6088 440 882
Fax: 6088 440 886
Email: info@sabahtea.net
Website: www.sabahtea.com.my
Facebook: www.facebook.com/sabahtea/

Reception Desk
Tel: 6088 879 611

Alamat:
KM17, Jalan Ranau / Sandakan,
Kg. Nalapak,
89309, Ranau.

Post a Comment

0 Comments