Terletak di kaki Gunung Kinabalu di
Mesilou Kundasang, Desa Dairy Farm menyajikan satu pemandangan yang indah yang
sukar diucapkan dengan kata-kata. Kedudukannya yang strategik yang menjadikan
Gunung Kinabalu sebagai latarbelakang memang menjadi satu daya tarikan
pelancong dari dalam dan luar negara.
Tidak sah jika anda datang ke Sabah
jika tidak mengunjungi Desa Dairy Farm yang juga dikenali sebagai Little New
Zealand dikalangan penduduk tempatan kerana pemandangan yang menakjubkan, cuaca
yang sejuk serta padang rumput yang menghijau seperti di New Zealand.
Tarikan utama Desa Dairy Farm ialah
ladang lembu tenusu dari jenis lembu Friesians yang ada di sini. Desa Dairy
Farm adalah satu destinasi percutian yang wajib dikunjungi bersama keluarga
dimana banyak aktiviti boleh dilakukan di sini seperti menikmati produk-produk
jualan di kiosk jualan Desa Dairy Farm seperti produk susu segar DESA, pelbagai jenis keju,
DESA pizza, DESA gelato, DESA fried pop corn chicken dan banyak lagi termasuk cenderahati
Desa Dairy Farm.
Pengunjung juga boleh menikmati
pemandangan dan suasana yang sejuk dan menyegarkan, meninjau sesi pemerahan
yang dibuat pada jam 2.00 pm - 4.00 pm setiap hari, meninjau kawasan cow barn
daripada tapak tinjauan yang disediakan untuk pelawat serta melawat dan
menjalankan aktiviti di tapak aktiviti agro pen termasuk memberi makan rumput
dan minum susu kepada anak lembu dan anak kambing.
Berikut merupakan kadar bayaran masuk
ke Desa Dairy Farm:
Dewasa/Belia/Remaja - RM5.00 seorang
Kanak-kanak (7 - 12 tahun) -
RM4.00 seorang
Kanak-kanak (6 tahun ke bawah) - FOC
OKU - FOC
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat
lebih lanjut boleh hubungi nombor tertera dibawah.
Maklumat Hubungan:
Tel: 088-889562
0 Comments
Penafian: Sebahagian gambar/foto atau artikel yang terdapat dalam blog ini datangnya dari pelbagai sumber media lain dan juga Google. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut.