Sosodikon Hill / Pyramid Hill Kundasang: Tempat Pendakian Menarik

Sosodikon Hill / Pyramid Hill Kundasang:Tempat Pendakian Menarik. Bagi anda yang meminati aktiviti luar dan lasak seperti hiking/mendaki bukit anda haruslah mengunjungi Sosodikon Hill (Bukit Sosodikon) atau juga dikenali sebagai Pyramid Hill/ Bukit Pyramid.
Photo: FB Page
Bukit Sosodikon ini terletak lebih kurang 5.5 km dari Pekan Kundasang iaitu di Kampung Kauluan. Untuk sampai ke sana anda boleh mengambil laluan yang sama untuk ke Desa Dairy Farm, dan kedudukan Sosodikon Hill di sebelah kanan simpang ke Desa Dairy Farm.

Anda perlu meletakkan kenderaan di bahu jalan dan perlu berjalan kaki ke pintu masuk kira-kira 1.5km dari jalan raya. Pendakian hanya mengambil masa kira-kira 20 minit atau lebih untuk sampai ke puncak Bukit Sosodikon.
Photo: FB Page

Pendakian anda ke puncak bukit akan memberi satu pengalaman yang menarik kerana dapat melihat pemandangan yang indah di sepanjang pendakian. Udara yang nyaman dan cuaca sejuk akan menggamit kenangan untuk datang sekali lagi.


Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

Tel : 014-283 6047
FB: www.facebook.com/Sosodikon-Hill-Kg-Kauluan-Kundasang

Bayaran Masuk:
Rm3.00

Alamat:
Sosodikon Hill, Kg Kauluan, Kundasang

Untuk Sampai Anda Boleh Menggunakan Google Map atau aplikasi Wego






Post a Comment

0 Comments