Ladang Lembu Tenusu Desa Dairy Farm Mesilou Kundasang


Terletak di kaki Gunung Kinabalu di Mesilou Kundasang, Desa Dairy Farm menyajikan satu pemandangan yang indah yang sukar diucapkan dengan kata-kata. Kedudukannya yang strategik yang menjadikan Gunung Kinabalu sebagai latarbelakang memang menjadi satu daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Tidak sah jika anda datang ke Sabah jika tidak mengunjungi Desa Dairy Farm yang juga dikenali sebagai Little New Zealand dikalangan penduduk tempatan kerana pemandangan yang menakjubkan, cuaca yang sejuk serta padang rumput yang menghijau seperti di New Zealand.
Tarikan utama Desa Dairy Farm ialah ladang lembu tenusu dari jenis lembu Friesians yang ada di sini. Desa Dairy Farm adalah satu destinasi percutian yang wajib dikunjungi bersama keluarga dimana banyak aktiviti boleh dilakukan di sini seperti menikmati produk-produk jualan di kiosk jualan Desa Dairy Farm seperti  produk susu segar DESA, pelbagai jenis keju, DESA pizza, DESA gelato, DESA fried pop corn chicken dan banyak lagi termasuk cenderahati Desa Dairy Farm.


Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan dan suasana yang sejuk dan menyegarkan, meninjau sesi pemerahan yang dibuat pada jam 2.00 pm - 4.00 pm setiap hari, meninjau kawasan cow barn daripada tapak tinjauan yang disediakan untuk pelawat serta melawat dan menjalankan aktiviti di tapak aktiviti agro pen termasuk memberi makan rumput dan minum susu kepada anak lembu dan anak kambing.



Berikut merupakan kadar bayaran masuk ke Desa Dairy Farm:

Dewasa/Belia/Remaja - RM5.00  seorang
Kanak-kanak (7 - 12 tahun) - RM4.00  seorang
Kanak-kanak (6 tahun ke bawah) - FOC
OKU - FOC

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh hubungi nombor tertera dibawah.

Maklumat Hubungan:
Tel: 088-889562


Post a Comment

0 Comments