Aktiviti Berakit/Rafting Di Timbua Water Rafting Ranau


Bagi mereka yang menggemar aktiviti berakit atau rafting, kini anda boleh mencuba untuk menyahut cabaran di Timbua Water Rafting yang terletak di Kampung Timbua Ranau.

Timbua Water Rafting ini telah bermula pada penghujung tahun 2017 dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2018. Bagi peminat outdoor seperti berakit anda haruslah datang dan mencuba untuk berakit di sini. Apa yang menarik di Timbua Water Rafting ini ialah mereka menggunakan rakit bambu dan keadaan sungainya tidaklah terlalu extreme seperti di tempat rafting lain.

Pengunjung boleh merasai pengalaman berakit menggunakan rakit bambu di Sungai Sugud sejauh 2 km dan merasai bagaimana kehidupan masyarakat kampung tersebut pada masa lalu yang menjadikan rakit bambu sebagai pengangkutan mereka.    

Tentang makan pengunjung tidak perlu risau kerana disediakan makan dengan harga yang berpatutan dan anda juga boleh membawa makanan sendiri. Dari segi keselamatan anda tidak perlu risau kerana pihak pengurusan dan guide yang terdiri daripada belia-belia kampung yang memang membesar dan arif tentang sungai sentiasa mengikut SOP untuk keselamatan pengunjung.

Sekiranya anda berminat untuk menyahut cabaran berakit ini anda bolehlah menghubungi nombor yang tertera dibawah untuk bertanyakan maklumat lanjut atau membuat tempahan:

Hubungi /WhatsApp :

+60149049934 - Andi
+60128293771 – Soleh

Anda juga boleh melawat FB rasmi Timbua Water Rafting untuk mendapat maklumat lanjut. Semoga Timbua Water Rafting akan dikenali di seluruh dunia.

Post a Comment

0 Comments